Anita Roddick

Dame Anita Lucia Roddick, DBE (23 Oktober 1942 - 10 September 2007) ialah seorang ahli perniagaan British, aktivis hak asasi manusia dan penganjur kempen alam sekitar, yang terkenal sebagai pengasas The Body Shop, sebuah syarikat kosmetik yang menghasilkan dan menjual produk kecantikan semulajadi yang membentuk etika kepenggunaN.[1][2] Syarikat itu ialah salah satu yang pertama melarang penggunaan bahan-bahan yang diuji pada haiwan dan salah satu yang pertama untuk mempromosikan perdagangan yang adil dengan negara-negara membangun. Roddick terlibat dalam aktivisme dan berkempen untuk isu-isu alam sekitar dan sosial, termasuk penglibatan Greenpeace dan The Big Issue. Pada tahun 1990, Roddick mengasaskan Children on the Edge, sebuah pertubuhan amal yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Eropah Timur, Afrika dan Asia.[3] Beliau percaya bahawa perniagaan harus menawarkan suatu bentuk kepemimpinan moral, menjadi kekuatan yang lebih kuat dalam masyarakat daripada agama atau pemerintah.[4]

Anita Roddick

Pasangan Gordon Roddick (m. 1970–2007, kematiannya)
Anak Justine, Sam
Terkenal kerana Ahli perniagaan, pengasas The Body Shop, kerja amal
Meninggal dunia 10 September 2007(2007-09-10) (umur 64)
Chichester, Sussex Barat, UK
Laman web www.anitaroddick.com
Kelahiran Anita Lucia Perella
(1942-10-23)23 Oktober 1942
Littlehampton, Sussex Barat, UK
Gelaran Dame